Perbezaan antara halia, lengkuas dan kunyit hidup
Saya percaya ramai diantara kita yang kenal halia, tetapi ramai atau tidak yang mengetahui perbezaan diantara lengkuas, kunyit dan halia. Kemungkinan besar, ada setengah orang akan keliru apabila nampak lengkuas atau kunyit hidup, disangkakan halia. Kalau ada diantara anda begitu, maka sama la saya sebelum mengenali lengkuas dan kunyit hidup. Jom kita kenali dengan lebih terperinci
Struktur luaran
Apa yang saya dapat huraikan perbezaan halia dengan yang lain adalah warna kulitnya adalah warna coklat lembut, garisan kurang jelas dan tekstur isinya nampak lembut berbanding lengkuas yang mempunyai kulit berwarna coklat gelap, garisan jelas dan tekstur isinya pula nampak keras. Kunyit hidup pula mempunyai permukaan kulit yang kasar dan berwarna coklat dan isinya pula berwarna kuning pekat.
Kegunaan
Halia adalah sejenis tumbuhan yang lazimnya digunakan sebagai rempah dalam masakan. Selain itu ada juga yang buat minuman. Dipercayai antara kebaikan halia ini adalah melawan rasa loya, mengurangkan radang, mengawal kolestrol, mengurangkan kesakitan haid dan membuang angin.
Manakala lengkuas juga adalah perasa untuk masakan dan ada juga untuk perubatan seperti menghilangkan panau, hanya sapu pada tempat panau dan insyallah panau akan beransur hilang dan semesti kulit akan terasa panas selepas disapukan dengan lengkuas ini kerana rasa lengkuas lebih pedas berbanding halia.
Dan kunyit hidup pula adalah setakat pewarna asli dalam masakan selain perasa dalam makanan. Selain itu juga, ada yang menggunakan untuk mencantikkan kulit tubuh badan. Kalau pegang kunyit hidup yang sudah dibuang kulitnya, memang akan tinggal kesan kuning la di tangan yang ambil masa untuk hilang.
Harap info yang saya beri dapat membantu anda semua mengenali lebih jelas antara halia, lengkuas dan kunyit hidup.
Ulasan
Catat Ulasan