Ayam Goreng Kunyit Che Kam



Resepi yang sangat mudah dan bahan yang diperlukan juga senang untuk didapati. Sesuai untuk para ibu yang ada anak kecil atau orang bujang. Ini kerana masa yang diperlukan untuk memasak juga tidak  lama.

Ayam goreng kunyit Dapur Che Kam ni sangat lah lembut walaupun dah dibiarkan lama. Antara  feedback yang Che Kam dapat dari yang dah cuba ayam goreng kunyit ni.


"Dah cuba dua2 resepi ayam kunyit & sambalnya.. mmg sgt2 sedap..bertambah2 nasik dibuatnya. Tkasih chef sbb share resepinya" - Puan Maizan Ishak

"Mmg sedap dah buat 👍🏻tp guna bhgn peha ayam very2 yummy tq chef . Sambal tu pon sedap" - Puan Zetty Ahmad

"Menyelerakan 😋Walaupun hidangannya biasa2 shj.. Saya buat sambal belacan tu saya sangai dulu maksudnya goreng tanpa minyak semua bhn2 tu pastu blend buh air sedikit saja.. Tahan lama sambal tu n lain pd yg lain rasa dia.. Apapun tq for sharing✌️" - Puan Ana Hazleinah

"Alhamdulillah. Memang sedap. Tq Dapur Che Kam." - Puan Mamaida Azmi



Bahan

Perapan Ayam
  • 300g Isi Ayam
  • 2 Sudu Makan Tepung Jagung
  • 1 Sudu Makan Serbuk Cili
  • 1 Sudu Makan Serbuk Kunyit
  • 1 Sudu Makan Serbuk Kari
  • Perasa
Sayuran
  • Kacang Buncis/Kacang Panjang
  • 1/2 Biji Bawang Holland
  • 1 Biji Cili Merah
Sambal Lada
  • 6 Ulas bawang putih
  • 1 Inci belacan
  • 15 Tangkai cili kering
  • 6 Biji limau kasturi
  • 10 Tangkai cili padi hijau
  • 10 Tangkai cili padi merah
  • 4 Tankai cili merah
  • 6 Sudu makan gula pasir
  • 1 Sudu teh garam
  • 4 Sudu makan cuka

Langkah

Bahagian 1 : Ayam Goreng
  • Perap ayam selama 15 minit dengan bahan perapan
  • Panaskan minyak masak, minyak masak perlu banyak. Untuk pastikan ayam tenggelam sepenuhnya,
  • Goreng ayam yang telah diperap sehingga masak sepenuhnya.
  • Masukkan sayuran, goreng sehingga layu.
  • Angkat dan toskan minyak sebelum hidang.
Bahagian 2 : Sambal Lada
  • Bakar bawang putih dan belacan.
  • Campukan kesemua bahan sambal lada ke dalam mesin pengisar, termasuk belacan dan bawang putih yang telah dibakar.
  • Kisar halus.

Dah siap ayam goreng kunyit Dapur Che Kam.Kalau nak lagi sedap, boleh makan dengan kicap lemak manis. 

Kongsi dengan yang lain jika anda suka dengan resepi ayam goreng kunyit Dapur Che Kam. Semoga dengan berkongsi dapat bertambah lagi rezeki dan saham akhirat kita semua.
 

Ulasan