Beza daun Sup dan daun Ketumbar

Baik mengaku, siapa sini masih belum dapat beza antara daun ketumbar dengan daun sup.

Selalu kalau ke kedai akan ada masaalah bila nak beli daun sup atau daun ketumbar. Memang akan termenung panjang depan rak sayur kalau tetiba kedai tak letak label dengan betul atau tiada label.

Lagi parah kalau kirim dekat suami, kadang suami ni main sambar je mana lebih kurang. Janji nampak sama dekat mata dia. Haha.

Jadi hari ni Che Kam akan cerita apa perbezaan antara kedua-dua daun ni, nanti dah takde la masaalah lepas ni.

PERBEZAAN AKAR

Cara yang paling mudah untuk kita kenal perbezaan kedua-dua daun ni adalah melalui akar. Kebiasaanya di supermarket atau runcit di jual bersama akar, jadi ini memang sangat membatu.

Ketumbar : Akar daun ketumbar jenis akar tunjang, terdapat satu akar yang besar di tengah.


Sup : Manakala akar daun sup jenis serabut, akarnya lebih kecil dan banyak.



PERBEZAAN BATANG

Perbezaan batang mungkin sedikit sukar untuk dibezakan, tetapi masih ada perbezaan antara keduanya.

Ketumbar : Mempunyai batang yang lebih pendek dan kurus jika dibandingkan dengan batang daun sup.


Sup : Mempunyai batang yang lebih panjang dan gemuk jika dibandingkan dengan batang daun ketumbar.



PERBEZAAN DAUN

Kalau perhatikan, bentuk daun kedua-dua ni sangat mirip dan susah untuk dibezakan. Tetapi jangan risau masih ada perbezaan lain yang lebih mudah untuk kita kenal.

Ketumbar : Mempunyai daun yang lebih kecil dan warna hijaunya lebih muda berbanding daun sup.



Sup : Manakala daun sup pula lebih besar dan warna hijaunya memamg lebih jelas berbanding daun ketumbar.




PERBEZAAN BAU

Dari segi bau juga antara cara mudah untuk kenal membezakan antara kedua-dua nya. 

Ketumbar : Daun ketumbur mempunyai bau yang agak tajam dan seolah-olah bau serangga. Namun bagi sesetengah orang aroma daun ketumbar wangi termasuk che kam sendiri.

Sup : Daun sup baunya lebih lembut dan disenangi oleh kebanyakan orang.

Diharap dengan perkongsian dari Che Kam kali ni dapat memberi manafaat kepada anda semua. 

Terima Kasih.

Ulasan