Cendawan

CENDAWAN (Mushroom) merupakan sejenis tumbuhan organ pensporaan kulat yang boleh dimakan dimana ia lazimnya mengandungi banyak protein,vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium dan Posforus yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap.

Bentuk cendawan adalah pelbagai tetapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung. Cendawan mempunyai banyak khasiat kesihatan dan ia kini mempunyai nilai yang amat tinggi di pasaran terutama beberapa spesis tertentu yang memang bernilai tinggi.

Antara cendawan paling popular di Malaysia adalah tiram kelabu, shitake, cendawan enoki, butang putih, butang perang, jeli hitam, ganoderma, tiram putih dan cendawan abalone.

Cendawan adalah antara makanan yang paling serba boleh di dunia, menjadikannya sebagai pilihan tambahan berharga untuk pelbagai jenis makanan seperti piza, pasta, pai daging, salad dan sandwic.

Setiap cendawan mempunyai khasiatnya tersendiri. Pengambilannya membantu meningkatkan kesihatan manusia seperti sistem imun dan organ-organ utama, termasuk jantung. Oleh itu, makanlah banyak cendawan untuk kesihatan tubuh dan minda anda.

Dari kajian Dr. Tetsuke Ikekawa , ahli epidemiologi dari Institut Penyelidikan Pusat Kanser Kebangsaan di Tokyo, Jepun menyedari bahawa kadar kematian akibat kanser di Prefektur Nagano, Jepun berkurang, bahkan menjadi lebih kecil daripada kawasan lain. Ikekawa mengesyaki bahawa Nagano adalah pusat penanaman cendawan Enoki sehingga tahap penggunaan enoki cendawan juga lebih tinggi.

Jumlah penyelidikan pada masa ini memang menunjukkan potensi cendawan enoki dalam mencegah kanser. Walau bagaimanapun, lebih banyak kajian diperlukan pada manusia mengenai apa dan berapa banyak penggunaan cendawan boleh mengurangkan kematian akibat kanser.

Harap info yang diberi dapat menambahkan ilmu dan memberi manfaat untuk anda.


sumber : wikipedia.org, shinkotoni-central-blog.com, nona.my dan rootofscience.com

Ulasan