Resepi oleh : Dapur Che Kam
Sotong Goreng Tepung
Bahan-bahan
1) sotong
2) 1 biji telur
3) 1/2 sudu lada sulah
4) 4 ulas bawang putih
5) 1 cawan tepung ubi
6) 1 cawan tepung bestari goreng ranggup
Cara penyediaan
Langkah 1 : Perapan sotong
1) Potong sotong yang telah dibuang kulit dan isi perut.
2) Masukkan 1 biji telur dan tambahkan 1/2 sudu lada sulah.
3) Tambahkan 4 ulas bawang putih yang telah ditumbuk.
4) Gaul sehingga sebati.
Langkah 2 :Bancuhan tepung
1) Masukkan 1 cawan tepung ubi dan 1 cawan tepung bestari goreng rangup kedalam bekas.
2) Gaul tepung sehingga sebati.
Langkah 3 : Salutan sotong
1) Salut sotong dengan tepung tadi.
Langkah 4 : Goreng sotong
1) Goreng sotong sehingga keemasan
2) Angkat dan hidang
Kongsi dengan yang lain jika anda suka dengan resepi Sotong Goreng Tepung oleh Dapur Che Kam. Semoga dengan berkongsi dapat bertambah lagi rezeki dan saham akhirat kita semua.
owh, senang je rupanya nak masak.
BalasPadamSlipdisc - Tanda, Punca dan Rawatan