Sup Ayam Bonda

 Resepi oleh : Dapur Che Kam

 


Sup Ayam Bonda

    Boleh dikatakan sup adalah makanan yang sihat dan dapat meredakan panas dalam badan selepas makan sup. Jadi Che Kam kongsi cara membuat sup ayam bonda yang sedap dan ringkas cara membuatnya.

Bahan-bahan

·         4 ulas bawang putih *

·         3 biji bawang merah *

·         500 gram ayam

·         daun sup dihiris halus

·         3 biji kentang

·         1 biji tomato

·         1 paket sup bunjut

·         1 inci halia ( diketuk)

·         1 ketul kiub ayam

 

Cara Penyedian

1)      Tumbuk/kisar bahan bertanda *

2)      Tumis bahan yang telah di tumbuk/kisar tadi bersama halia sehingga naik bau.

3)      Masukkan ayam .

4)      Masukkan air.

5)      Masukkan sup bunjut, kentang, garam, kiub ayam.

6)      Masukkan tomato seketika dan tutup api .

7)      Taburkan bawang goreng dan daun sup.

 

Kongsi dengan yang lain jika anda suka dengan resepi ayam goreng kunyit Dapur Che Kam. Semoga dengan berkongsi dapat bertambah lagi rezeki dan saham akhirat kita semua. 

Ulasan