Cara memilih ikan yang masih segar

Cara memilih ikan yang masih segar

Semasa sekolah rendah, ibu saya suruh saya pergi ke pasar dan memberi senarai barang-barang untuk dibeli. Ibu saya sudah ajar dan tunjukkan kedai mana nak beli ikan, daging, sayur, santan dan macam-macam lagi. Saya hanya serahkan senarai tersebut pada penjaga kedai untuk dia pilih sebab dalam senarai siap dengan kuantiti setiap barang dan ada setengah barang terus siap dengan harga bajet.

Jadi memang tidak tahu cara nak pilih ikan segar ini, bila berdikari sendiri, barulah terkial-kial hendak pilih ikan yang segar. Masa itu juga terjumpa cara nak pilih ikan yang segar-segar, daging yang segar.

 

Ini ada beberapa cara memilih ikan segar :-

 

1)      Mata Ikan

-          Cari mata ikan yang nampak jernih dan timbul,selain daripada itu seperti mata merah jangan ambil,ini adalah cara paling senang sekali nak tau ikan itu segar atau tidak.

 

2)      Kenyalan ikan

-          Ambil ikan yang bila dipegang dan ditekan sikit dengan jari akan terasa kenyalnya, bukan lembik dan berlendir.

 

3)      Sisik

-          Kalau ikan segar, sudah tentulah sisik dia nampak berkilat lagi, kalau nampak yang sisik ikan yang ada tercabut dan warna dia macam pudar jer..memang ikan dah lama la..

 

4)      Insang

-          Insang yang masih merah menyala adalah ikan segar berbanding insang yang nampak pucat dan kehitaman, cara nie saya belum pernah buat dan tidak akan buat sebab agak susah juga la nak selak tengok insang pula.

 

5)      Bau

-          Mengikut pada artikel lain, ikan segar adalah ikan yang masih berbau laut, tapi kalau ikan bau hanyir dan busuk, memang tidak elok la..

 

Saya selalu guna cara pertama dan ketiga dulu sebab tengok dengan mata jer pun, Selepas itu baru saya guna cara kedua dengan pegang ikan sambil merasai kenyalan ikan tue, kalau saya puas hati,saya ambil, kalau tidak saya pilih yang lain.

Itu sahaja yang saya dapatkan kongsikan, moga tip-tip yang saya kongsi ini dapat memberikan manfaat pada anda dan orang lain juga.


Ulasan