Cara memilih ketam yang segar, banyak isi dan rasa manis

 Cara memilih ketam yang segar, banyak isi dan rasa manis

Apabila nampak ketam dipasar atau pasaraya, terasa nak makan ketam tetapi tidak tahu pilih yang mana satu ketam ada banyak isi dan segar. Jadi saya akan kongsikan beberapa kaedah yang membolehkan pembaca sekalian mendapatkan ketam yang segar dan banyak isi.

 


1)      Belilah ketam pada bulan purnama penuh untuk mendapatkan isi ketam yang banyak dan padat.Tapi kalau dah teringin sangat, takkan la nak tunggu lagi bulan purnama penuh..hmm

2)      Pilih ketam betina,lebih banyak isi dan rasanya lebih manis, cara pilih ketam betina adalah dengan melihat bahagian permukaan bawah ketam ada bentuk segitiga, kalau segitiga tirus kedepan ada lah ketam jantan berbanding ketam betina yang segitiga nya lebar besar daripada ketam jantan. 

3)      Ambil yang nampak telur dibelakang kerana ketam yang banyak telur sudah tentu ketam betina, banyak isi dan rasa manis. 

4)      Timbang ketam tersebut dengan tangan anda sendiri,tidak kisah ketam iu besar atau kecil jika terasa ringan sahaja, sudah tentulah isi sikit berbandng dengan ketam berat.

 

Sekian sahaja perkongsian dari saya, harap pembaca sekalian mendapat manfaat dari apa yang disampaikan dan boleh kongsi ilmu ini kepada orang lain juga.

Ulasan